Monday, February 13, 2012

MUTIARA CATERING

Assalamualaikum..tiada niat utk menyebar fitnah, memalukan mana2 pihak atau menjatuhkan perniagaan sesama melayu, islam...hal ini berlaku kepada saya sekeluarga ketika majlis perkahwinan saya pada 05/02/2012 utk dijadikan pengajaran buat yang lain. Kami menggunakan perkhidmatan Mutiara Services Catering.
-walaupun kami sudah bayar RM14,850 seminggu awal,tapi apa yang kami terima seperti:
-Air yang dihidangkan mengandungi rumput.(teguran dari tetamu)
-set buffet amat menggelikan dan comot sehinggakan ada baju tetamu yang kotor disebabkan kuah tumpah atas meja
-lauk yang ditambah melimpah keluar dari set buffet.beberapa ketul ayam jatuh diluar set buffet.
-Kuah melecak & langsung tidak berlap sehingga disuruh oleh pengantin
-Staff Yang amat biadap.staff duduk hanya memerhatikan tetamu.pinggan kotor berada atas meja tanpa dibersihkan
-apabila aduan dibuat, Shafiq, adik ipar hakimin (owner)ugut nak gegar(gadoh) satu kampung. Lebih menyakitkan hati apabila Shafiq menyatakan ugutan tersebut kepada ibu pengantin.
-supervisor yang mengurus majlis juga bersikap kurang ajar dengan tuan rumah. 
-meja pengantin dihias tidak seperti dlm gambar dan apa yang dijanjikan oleh shafiq.
-pekerja buang ais didalam longkang dan mengatakan pada tuan rumah ais sudah habis.
-bahkan, tuan rumah diarahkan oleh staff Mutiara Catering utk menambah air gula kerana tidak mencukupi.Tuan rumah terpaksa menanggung kerugian dengan tambahan 8 kilo gula.
-tuan rumah terpaksa menambah ais batu 2 paket besar.
-pakej yg diberi 10 kilo nasi putih namun tuan rumah menambah lagi 5 kilo sblm majlis dan sudah dibayar.walaubagaimanapun kami terpaksa memasak sendiri lagi 5 kilo nasi putih.
berikutan nasi putih tidak mencukupi.
-sebelum majlis habis(2.30 ptg) pinggan makan tidak mencukupi.Tempahan yg dibuat 1200 pax sedangkan tetamu yg hadir adalah 900 orang berdasarkan jumlah doorgift yang diberi pada setiap tetamu.
- lori catering telah datang dan berada di satu-satunya laluan masuk tetamu (pintu gerbang) pd jam 3.30 ptg utk memunggah brg. sedangkan para tetamu masih ada yg dtg dan makan di bwh khemah.jalan 
alternatif lain diberi namun supervisor kurang ajar dan menjawab dengan nada kasar. 
- ketidak puas hatian dari tuan rumah menyebabkan berlaku petengkaran
-setelah perkara ini terjadi dan memalukan kami sekeluarga, En Hakimin dengan sendirinya telah meminta maaf kepada tuan rumah.
-sesiapa yang ingin mengetahui perkara ini dengan lebih detail, boley pm sy.ada beberapa gambar yang sy akan upload selepas ini sebagai bukti selepas ini.

-SEKIRANYA terdapat penipuan dari segi servis mahupun bilangan makanan yang diberikan,kami sekeluarga menHARAMkan setiap sen yang dibayar.Jika anda mendapat layanan baik drpd catering ini anda bernasib baik, tetapi tidak bagi sy. Kami pernah menggunakan catering ini sbelum ini(2009) dan mereka bg yang terbaik,tetapi kali ini perkhidmatan yang diberikan amat mengecewakan dan memalukan.

so fikir-fikirkanlah..majlis perkahwinan kan sekali je seumur hidup..dengan perkataan maaf tidak dapat mengubah apa-apa yang telah berlaku yang menjadi palitan sejarah hidup..


http://mutiaracatering.blogspot.com/

8 comments:

  1. isk2, masok ni da 2 post saya baca pasal servis buruk mutiara katering ni. just ada 1 blog je yang puji. seems like it's better to survey for other catering la..

    ReplyDelete
  2. Kadang2 kalau takde review dalam blog tak semstinya diorg tak bagus.
    kita tak tahu cerita sebenar. mungkin ada sebab dan jawapan kenapa terjadinya perkara2 di atas.
    call diorg dan tanya apa sebenarnya yang berlaku.Dengar dua belah pihak,dan baru judge

    ReplyDelete
  3. Bila baca ni macam x percaya pulak mutiara catering bagi servis teruk sampai macam ni skali..baru jer pakai catering servis diaorg bulan 9 aritu tuk wedding adik...Alhamdulillah sume ok..meja pengantin sume dijaga dengan baik..lauk pun cukup dan sedap..benda2 kecik tu biasala bila buat majlis besar pasti ade masalah sikit2. rasanya x bleh judge diaorg based on 1 atau 2 bad review..setuju dgn komen di atas, kene tanya dua2 belah pihak..jgn dengar sebelah pihak jer.x adil untuk mereka...

    ReplyDelete
  4. tolong pm gambar n details kt saya..sebab saya sbnrnye nak amik mutiara servies ni.. jenny_cuppycake@yahoo.com
    Terima kasih

    ReplyDelete
  5. maaf la saudara..kes ni pun da lama jadi..tapi kalau saudara nak tgk gabar boley tgk di fb sy.
    fb saya aedi hafriez..terima kasih

    ReplyDelete
  6. And of course I must mention his catering. As most know, Jon was Max's partner at Max & Me Catering way before I joined the team

    Pleasanton Catering

    ReplyDelete
  7. fitnah giler...abg aku, akak aku dgn cousin2 aku semua amik caterer mutiara services, xde masalah pun. cuma aku just x berapa puas hati bab nasi putih je yg habis awal masa wedding akak aku dulu tp bila akak aku ckp memang puan owner ni da bgtau awal2 yg nasi utih dia buat 20% je drpd order so aku fhm la. but posting ni seems mcm ko nk jatuhkan bisnes org. xpe... kt dunia ko lepas la bro... kt akhirat sok ko jawab la... merangkak ko bawah didihan panas matahari mencari owner caterer ni hanya utk sebuah kemaafan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete