Sunday, October 17, 2010

Fakta Oktober 2010

"Fakta menarik mengenai bulan Oktober 2010, mempunyai 5 hari Jumaat, 5 hari Sabtu dan 5 hari Ahad. Kejadian ini hanya berlaku sekali setiap 823 tahun."Gunalah kesempatan ini untuk bersama-sama menunaikan 5 kali Solat Jumaat berjemaah. Insyaallah

Friday, October 15, 2010

Update Pembinaan Reban









Pembinaan reban di tanah opah semakin rancak berjalan..sudah hampir 75% siap..mungkin minggu depan siap sepenuhnya..lepas tu, kena cari org untuk masukkan elektrik..insyaAllah awal bulan 11,puyuh akan dipindah kerumah baru mereka..diharapkan hasil akan bertambah selepas ini..Tapi yg menjadi masalhanya sekarang,reban kecik utk puyur penelur buat saya siapkan lagi...adoi......tension2...

Tuesday, October 12, 2010

Gambar2 Puyuh Menetas Batch ke 4

Saja ingin berkongsi ngan kawan2 gambar puyuh yang berjaya ditetaskan sendiri..seronok sgt rasanya..xsusah untuk menetaskan sendiri..kena ada ilmu walau pun xberapa banyak,insyaAllah semua pasti menjadi..








Pembinaan Kandang @ Reban

InsyaAllah bln 11 nie puyuh sy akan berpindah ke'rumah' baru..pembinaan berada pada fasa kedua, menaikan batu,atap dan melantai dinding..Buat pengatahuan semua, opah dengan murah hatinya mengizinkan sy utk menggunakan sebahagian tanahnya utk tujuan penternakan puyuh nie..sebelum nie opah bercucuk tanam di tanah tersebut..opah menanam bunga kantan..Rumah puyuh nie xdela besar sgt,32kaki X 16kaki.sy belum kira lagi berapa ekor yang muat utk dipelihara didalam kawasan seluas ini.
.

Opah tersayang, Hajah Asiah bte Dollah

 Kawasan tanaman bunga kantan sebelum dibersihkan


Tuesday, October 5, 2010

Produk Puyuh Siap di Proses


Harini projek menyembelih puyuh jantan telah dijalankan..sy bersama abg memulakan operasi..selepas semua perkakasan sudah tersedia, kamipun memulakan aktiviti penyembelihan..da siap sembelih kami terpakse mencabut bulu2 puyuh tu sehingga bersih..fuh mmg mencabar kerana kami mencabut secara manual, tiada mesin..xmampu lagi utk beli mesin mencabut bulu puyuh..buat pengetahuan semua, air separuh panas digunakan..kalau panas sgt nanti abis kulit2 semua tercabut,so puyuh akan jadi togel..xcantik utk dijadikan produk pemasaran..kualiti kena jage beb..ini die gambar puyuh yg telah siap diproses..sesiapa yg berminat boleh hubungi sy nanti..


Amalan Menambah Rezeki

Nabi SAW telah berjanji mereka yang berniaga kalau setiap hari membaca surah AlWaqiah tidak akan ditimpa kepapaan..Selain daripada amalan ini, kehebatan solat sunat Dhuha juga mempuyai bayak kelebihan..Mereka yang menjaga solat sunat Dhuha rezekinya akan dimurahkan..Maksudnya , usaha disusuli dengan tawakal..bukan hanya bertawakal sahaja tanpa usaha..