Thursday, August 29, 2013

D.U.I.T

Tiada sesiapa didunia ini yang tidak pernah memegang duit. Malah ramai diantara kita ini bekerja siang malam memerah keringat untuk mencari duit. Duit boleh dicari dengan pelbagai cara..ada yang memilih untuk mencari duit dengan cara yang halal..ada yang memilih duit dengan cara yang haram..tepuk dada tanya iman..
Tapi tahukan kita makna yang tersirat daripada sekeping nota yang mempunyai nilai yang di panggil duit ??

DOA

USAHA
IKHTIAR
TAWAKAL

untuk mencari kesenangan dan keselesaan serta diberkati didunia ini, marilah kita menggunakan D.U.I.T itu sebaiknya..


Tuesday, August 27, 2013

AS SALAM

As salam..
lama sungguh x update blog nie...
daripada menternak,meniaga puyuh sampailah da tutup semuanya..
ramai yg bertanya ..jawapannya mudah..sy tidak berkemampuan untuk menampung harga makanan/dedak yg makin hari makin naik harganya..
kepada kawan2 perternak diluar sana, teruskan usaha..
moga anda diberkati Allah...
oh ya..reban puyuh tu sehingga sekarang tiada apa-apa yg sy jalankan...kalau ada IDEA menarik, jgn segan silu berkongsi dengan sy..terima kasih...

Monday, February 13, 2012

MUTIARA CATERING

Assalamualaikum..tiada niat utk menyebar fitnah, memalukan mana2 pihak atau menjatuhkan perniagaan sesama melayu, islam...hal ini berlaku kepada saya sekeluarga ketika majlis perkahwinan saya pada 05/02/2012 utk dijadikan pengajaran buat yang lain. Kami menggunakan perkhidmatan Mutiara Services Catering.
-walaupun kami sudah bayar RM14,850 seminggu awal,tapi apa yang kami terima seperti:
-Air yang dihidangkan mengandungi rumput.(teguran dari tetamu)
-set buffet amat menggelikan dan comot sehinggakan ada baju tetamu yang kotor disebabkan kuah tumpah atas meja
-lauk yang ditambah melimpah keluar dari set buffet.beberapa ketul ayam jatuh diluar set buffet.
-Kuah melecak & langsung tidak berlap sehingga disuruh oleh pengantin
-Staff Yang amat biadap.staff duduk hanya memerhatikan tetamu.pinggan kotor berada atas meja tanpa dibersihkan
-apabila aduan dibuat, Shafiq, adik ipar hakimin (owner)ugut nak gegar(gadoh) satu kampung. Lebih menyakitkan hati apabila Shafiq menyatakan ugutan tersebut kepada ibu pengantin.
-supervisor yang mengurus majlis juga bersikap kurang ajar dengan tuan rumah. 
-meja pengantin dihias tidak seperti dlm gambar dan apa yang dijanjikan oleh shafiq.
-pekerja buang ais didalam longkang dan mengatakan pada tuan rumah ais sudah habis.
-bahkan, tuan rumah diarahkan oleh staff Mutiara Catering utk menambah air gula kerana tidak mencukupi.Tuan rumah terpaksa menanggung kerugian dengan tambahan 8 kilo gula.
-tuan rumah terpaksa menambah ais batu 2 paket besar.
-pakej yg diberi 10 kilo nasi putih namun tuan rumah menambah lagi 5 kilo sblm majlis dan sudah dibayar.walaubagaimanapun kami terpaksa memasak sendiri lagi 5 kilo nasi putih.
berikutan nasi putih tidak mencukupi.
-sebelum majlis habis(2.30 ptg) pinggan makan tidak mencukupi.Tempahan yg dibuat 1200 pax sedangkan tetamu yg hadir adalah 900 orang berdasarkan jumlah doorgift yang diberi pada setiap tetamu.
- lori catering telah datang dan berada di satu-satunya laluan masuk tetamu (pintu gerbang) pd jam 3.30 ptg utk memunggah brg. sedangkan para tetamu masih ada yg dtg dan makan di bwh khemah.jalan 
alternatif lain diberi namun supervisor kurang ajar dan menjawab dengan nada kasar. 
- ketidak puas hatian dari tuan rumah menyebabkan berlaku petengkaran
-setelah perkara ini terjadi dan memalukan kami sekeluarga, En Hakimin dengan sendirinya telah meminta maaf kepada tuan rumah.
-sesiapa yang ingin mengetahui perkara ini dengan lebih detail, boley pm sy.ada beberapa gambar yang sy akan upload selepas ini sebagai bukti selepas ini.

-SEKIRANYA terdapat penipuan dari segi servis mahupun bilangan makanan yang diberikan,kami sekeluarga menHARAMkan setiap sen yang dibayar.Jika anda mendapat layanan baik drpd catering ini anda bernasib baik, tetapi tidak bagi sy. Kami pernah menggunakan catering ini sbelum ini(2009) dan mereka bg yang terbaik,tetapi kali ini perkhidmatan yang diberikan amat mengecewakan dan memalukan.

so fikir-fikirkanlah..majlis perkahwinan kan sekali je seumur hidup..dengan perkataan maaf tidak dapat mengubah apa-apa yang telah berlaku yang menjadi palitan sejarah hidup..


http://mutiaracatering.blogspot.com/

Thursday, December 23, 2010

PUYUH PENELUR

Alhamdulillah puyuh kembali bertelur walau fokus saya sebenarnya pada puyuh daging..sebelum nie puyuh mengalami masalah kerana xnak bertelur..walau sudah cukup umur 42 hari puyuh masih susah nak bertelur..tak tau apa sebabnya..nasib baik rakan blog saudara khairul azwan dari maju puyuh memberikan tunjuk ajar bagi merangsang puuh kembali bertelur..
antara cadangan beliau:
  1. makanan puyuh diberi 22 gram sehari bagi seekor..mungkin sblm nie sy bagi kurang daripada jumlah yg dicadangkan beliau
  2. lampu atau pengcahayaan mesti cukup selama 17 jam..kalau xberjaya cuba tambahkan lagi masa lampu menyala.
cadangan-cadangan beliau saya ikot dan puyuh kembali bertelur..terima kasih saudara wan..
saya juga merasakan bahawa makanan yg sy beri sebelum ini dari syarikat @#$%^ yang kononnya memang khas utk puyuh penelur  kurang elok dan sy terus tukar kepada jenama Gold Coin, dedak penelur ayam 105m..
 

Wednesday, November 24, 2010

PUYUH IKTA

saya meminta kerjasama kepada sahabat2 blog membantu saya..saya sekarang nie mencari puyuh baka IKTA..jika saudara-saudari yg tahu atau mempunyai rakan2 yg menternak dan menjual puyuh baka IKTA bolehla maklumkan kepada saya dengan meninggalkan no hp,email,blog utk sy hubungi..segala kerjasama dari rakan2 yg membaca didahului dengan ucapan jutaan terima kasih

Kandang Kecil...

setelah sy postkan update reban terbaru, sy menerima 1 sms bertanyakan kaedah dan ukuran utk buat tempat puyuh penelur...
 Cara membuatnya agak mudah..Alat2 diperlukan...
1) BRC 1' x 2'
2) BRC 1' x 1' (kalau boleh 3 kaki)
3) 2 Kayu Kocai 1' x 2' berukuran 47'
4) 2 kayu kocai 1' x 2' berukuran 15'
4) Cable Tight

1.BRC 1' x 2' hendaklah mempunyai panjang keseluruhan 48'..tinggi 9' x lebar 14' x tinggi 9'
2.Bengkokkan BRC dengan ukuran yg diberikan tadi..BRC akan terbentuk menjadi U atau N.
3.Kira  6' utk dibuat 1 penghadang..penghadang boleh dibuat menggunakan BRC 1/2' x '1/2 atau 1' x 1'.Panjang  48' BRC dibahagikan kepada 4 bahagian..so ader 4 rumah.
4. Cable tight digunakan utk mengikat penghadang2 yg telah dibuat tadi.
5.Lantai tahi boleh dibuat menggunakan kayu 1' x 2'..sambungkan keempat2 kau tersebut yg telah disiap potong tadi.
6. Gunakan BRC 1/2' x 1/2' yg berukuran 18' untuk lantai tahi yang telah di staplerkan di kayu kocai tersebut
7.Pintu boleh dibuat pada tgh2

 Harap dapat membantu.....

p/s:  ukuran yg digunakan adalah dalam inchi..contohya 1' x 2'..ini bermaksud ukurannya adalah 1 inchi x 2 inchi..


cable tight
4 bahagian rumah yg telah siap dibahagikan..pintu dibahagian tengah2
BRC 1/2'x1x2' sepanjang 18' digunakan yg telh siap distapler di kayu kocai

Tuesday, November 23, 2010

Update Reban@Kandang


Alhamdulillah setakat hari nie kami (ayah,abg dan sy) telah berjaya menyiapkan rumah puyuh..post yg dulu sy hanya sempat ceritakan mengenai pembinaan reban yg belum selesai..kali nie sy akan ceritakan kesudahan rumah puyuh itu..setelah pembinaan siap,pakcik Padil, membantu sy masukkan api yg ditarik dari rumah opah sy..nampak mudah,tapi seharian jugalah sy dan pakcik bekerja menyelesaikannya..sy ni pasal bab2 elektrikal mmg xreti, so sy hanya jadi tukang angkat barang2 je..hehehe...


Seminggu kemudian,pakcik sy masukkan air..kerja nie mmg simple..mcm biase,t ugas sy angkat barang,t arik paip juga dari rumah opah sy..bersyukur sgt2 kerja2 yg penting seperti api dan air sudah selesai..barula senang utk memindahkan puyuh  apabila kemudahan asas sudah mencukupi..terima kasih pakcik Padil yg banyak membantu dan memberikan sy pengalaman baru..

Ok,skang nie nak cerita pulak berkenaan dengan membuat kandang puyuh kecik..buat cubaan kali pertama, sy dan abg membuat kandang sebanyak 4 buah..gedabak punya besar..so ini akan merugikan space yg ader..mulanya nak wat utk puyuh jantan bagi dijadikan puyuh daging..tapi bila difikirkan balik, sy akan ubahsuai jadi tempat anak puyuh..cuma perlu tampal kertas@guni sebagai dinding tertutup.. so anak puyuh mempunyai tempat yg sesuai untuk membesar..



Cerita bab puyuh penelur utk dijadikan baka pulak..sy dan ayah membuat kandang puyuh menggunakan BRC 1'x2'..Tinggi 9' Lebar 14' Panjang 36' dan bahagikan kepada 4 rumah kecil..bagi sy cara nie paling efektif dan kita dapat tau puyuh mana yg aktif mengeluarkan telur dan yg tidak..kalau da x aktif keluarkan telur,apalagi,sembelih..kalau x kita akan rugi dari segi kos makanan..skang nie plak dalam usaha mencari inkubator & usha membuatnya sendiri...