Wednesday, September 22, 2010

Puyuh Bergaduh


Ketika umur puyuh France sy 3 minggu, seekor puyuh telah mati akibat kulit kepala puyuh tu terkopak..pada mulanya sy sangkakan, kepala puyuh tu tersangkut dijaring kandang..sy pun carila kat mana tempat puyuh tu tersangkut..jaring2 tajam yg terkeluar sy potong dan tampalkan..so kirenya kandang da selamat sepenuhnya..


tapi, selang 2 hari ade jugak puyuh yg luka dan mati..kadang2 samapai 2 dan 3 ekor sehari yg luka..semuanya luka dibahagian kepala..luka yg puyuh alami agak menyeramkan krn tengkorak kepala puyuh pun kita bley nampak...so, sy pun terus bertanya pd org yg lebih mahir kenapa puyuh ni jadi mcm nie..rupa-rupanya puyuh nie luka akibat bergaduh sesama meraka dan untuk bersenyawa..barula persoalan sy terjawab..


utk memastikan puyuh yg luka nie meneruskan kehidupannya, sy buat satu 'sick bay' @ rumah sakit khas utk puyuh2 yg tercedera..sy sapukan ubat biru agar luka dikepala puyuh nie cepat kering..kalau xletak pun xpe kerana antibodi puyuh nie kuat dan cepat menyembuhkan luka tu..bagi sy, kita kena beri perhatian terhadap kebajikan puyuh nie kerana dia juga makluk Allah..puyuh2 nie kena asingkan sehingga sembuh..

Saturday, September 11, 2010

Telor 2nd Batch Menetas..




seminggu sudah 13 biji berjaya ditetaskan..harini pula 12/9 sebanyak 49 biji ekor puyuh berjaya ditetaskan drpd 69 biji..syukur alhamdulillah...syukur kepadaMu tuhan..daripada ujikaji yg dijalankan, telur yang berusia 50 hari keatas boleh ditetaskan tetapi peratus yg akan menetas tidak sampai 90% dan ujikaji ini boley menolak kajian yang ditulis oleh beberapa buah buku..ceh mcm buat tesis plak yer...Syukur2..


Telor 1st Batch Menetas...

Alhamdulilah pada tarikh7/9/2010 telur 1st batch (21 biji) berjaya ditetaskan sebanyak 13 biji..8 biji xmenjadi..kira ok la kan telur yg boleh dikatakan tidak mencapai umur matang berjaya ditetaskan..ini la pentingnya kita wat try n error..kalau berjaya alhamdulillah, xberjaya kita cuba lagi..seronoknya tuhan jela yang tahu..
"ku beterima kasih diatas kurnian dan rahmatMu tuhanKu"