Wednesday, November 24, 2010

PUYUH IKTA

saya meminta kerjasama kepada sahabat2 blog membantu saya..saya sekarang nie mencari puyuh baka IKTA..jika saudara-saudari yg tahu atau mempunyai rakan2 yg menternak dan menjual puyuh baka IKTA bolehla maklumkan kepada saya dengan meninggalkan no hp,email,blog utk sy hubungi..segala kerjasama dari rakan2 yg membaca didahului dengan ucapan jutaan terima kasih

Kandang Kecil...

setelah sy postkan update reban terbaru, sy menerima 1 sms bertanyakan kaedah dan ukuran utk buat tempat puyuh penelur...
 Cara membuatnya agak mudah..Alat2 diperlukan...
1) BRC 1' x 2'
2) BRC 1' x 1' (kalau boleh 3 kaki)
3) 2 Kayu Kocai 1' x 2' berukuran 47'
4) 2 kayu kocai 1' x 2' berukuran 15'
4) Cable Tight

1.BRC 1' x 2' hendaklah mempunyai panjang keseluruhan 48'..tinggi 9' x lebar 14' x tinggi 9'
2.Bengkokkan BRC dengan ukuran yg diberikan tadi..BRC akan terbentuk menjadi U atau N.
3.Kira  6' utk dibuat 1 penghadang..penghadang boleh dibuat menggunakan BRC 1/2' x '1/2 atau 1' x 1'.Panjang  48' BRC dibahagikan kepada 4 bahagian..so ader 4 rumah.
4. Cable tight digunakan utk mengikat penghadang2 yg telah dibuat tadi.
5.Lantai tahi boleh dibuat menggunakan kayu 1' x 2'..sambungkan keempat2 kau tersebut yg telah disiap potong tadi.
6. Gunakan BRC 1/2' x 1/2' yg berukuran 18' untuk lantai tahi yang telah di staplerkan di kayu kocai tersebut
7.Pintu boleh dibuat pada tgh2

 Harap dapat membantu.....

p/s:  ukuran yg digunakan adalah dalam inchi..contohya 1' x 2'..ini bermaksud ukurannya adalah 1 inchi x 2 inchi..


cable tight
4 bahagian rumah yg telah siap dibahagikan..pintu dibahagian tengah2
BRC 1/2'x1x2' sepanjang 18' digunakan yg telh siap distapler di kayu kocai

Tuesday, November 23, 2010

Update Reban@Kandang


Alhamdulillah setakat hari nie kami (ayah,abg dan sy) telah berjaya menyiapkan rumah puyuh..post yg dulu sy hanya sempat ceritakan mengenai pembinaan reban yg belum selesai..kali nie sy akan ceritakan kesudahan rumah puyuh itu..setelah pembinaan siap,pakcik Padil, membantu sy masukkan api yg ditarik dari rumah opah sy..nampak mudah,tapi seharian jugalah sy dan pakcik bekerja menyelesaikannya..sy ni pasal bab2 elektrikal mmg xreti, so sy hanya jadi tukang angkat barang2 je..hehehe...


Seminggu kemudian,pakcik sy masukkan air..kerja nie mmg simple..mcm biase,t ugas sy angkat barang,t arik paip juga dari rumah opah sy..bersyukur sgt2 kerja2 yg penting seperti api dan air sudah selesai..barula senang utk memindahkan puyuh  apabila kemudahan asas sudah mencukupi..terima kasih pakcik Padil yg banyak membantu dan memberikan sy pengalaman baru..

Ok,skang nie nak cerita pulak berkenaan dengan membuat kandang puyuh kecik..buat cubaan kali pertama, sy dan abg membuat kandang sebanyak 4 buah..gedabak punya besar..so ini akan merugikan space yg ader..mulanya nak wat utk puyuh jantan bagi dijadikan puyuh daging..tapi bila difikirkan balik, sy akan ubahsuai jadi tempat anak puyuh..cuma perlu tampal kertas@guni sebagai dinding tertutup.. so anak puyuh mempunyai tempat yg sesuai untuk membesar..



Cerita bab puyuh penelur utk dijadikan baka pulak..sy dan ayah membuat kandang puyuh menggunakan BRC 1'x2'..Tinggi 9' Lebar 14' Panjang 36' dan bahagikan kepada 4 rumah kecil..bagi sy cara nie paling efektif dan kita dapat tau puyuh mana yg aktif mengeluarkan telur dan yg tidak..kalau da x aktif keluarkan telur,apalagi,sembelih..kalau x kita akan rugi dari segi kos makanan..skang nie plak dalam usaha mencari inkubator & usha membuatnya sendiri...




Sunday, November 14, 2010

Mohon Maaf

kepada pembaca blog saya,saya minta maaf kerana lama tidak update blog ni..kebelakangan ni saya sibuk sikit untuk menyiapkan reban puyuh saya..alhamdulillah api dan air semua da masuk..sekarang nie,cuma nak pindahkan je puyuh ke rumah baru..harap2 cuti sekolah nie semuanya selesai...nanti gambar terbaru akan saya updatekan di blog ni..