Wednesday, September 22, 2010

Puyuh Bergaduh


Ketika umur puyuh France sy 3 minggu, seekor puyuh telah mati akibat kulit kepala puyuh tu terkopak..pada mulanya sy sangkakan, kepala puyuh tu tersangkut dijaring kandang..sy pun carila kat mana tempat puyuh tu tersangkut..jaring2 tajam yg terkeluar sy potong dan tampalkan..so kirenya kandang da selamat sepenuhnya..


tapi, selang 2 hari ade jugak puyuh yg luka dan mati..kadang2 samapai 2 dan 3 ekor sehari yg luka..semuanya luka dibahagian kepala..luka yg puyuh alami agak menyeramkan krn tengkorak kepala puyuh pun kita bley nampak...so, sy pun terus bertanya pd org yg lebih mahir kenapa puyuh ni jadi mcm nie..rupa-rupanya puyuh nie luka akibat bergaduh sesama meraka dan untuk bersenyawa..barula persoalan sy terjawab..


utk memastikan puyuh yg luka nie meneruskan kehidupannya, sy buat satu 'sick bay' @ rumah sakit khas utk puyuh2 yg tercedera..sy sapukan ubat biru agar luka dikepala puyuh nie cepat kering..kalau xletak pun xpe kerana antibodi puyuh nie kuat dan cepat menyembuhkan luka tu..bagi sy, kita kena beri perhatian terhadap kebajikan puyuh nie kerana dia juga makluk Allah..puyuh2 nie kena asingkan sehingga sembuh..

Saturday, September 11, 2010

Telor 2nd Batch Menetas..




seminggu sudah 13 biji berjaya ditetaskan..harini pula 12/9 sebanyak 49 biji ekor puyuh berjaya ditetaskan drpd 69 biji..syukur alhamdulillah...syukur kepadaMu tuhan..daripada ujikaji yg dijalankan, telur yang berusia 50 hari keatas boleh ditetaskan tetapi peratus yg akan menetas tidak sampai 90% dan ujikaji ini boley menolak kajian yang ditulis oleh beberapa buah buku..ceh mcm buat tesis plak yer...Syukur2..


Telor 1st Batch Menetas...

Alhamdulilah pada tarikh7/9/2010 telur 1st batch (21 biji) berjaya ditetaskan sebanyak 13 biji..8 biji xmenjadi..kira ok la kan telur yg boleh dikatakan tidak mencapai umur matang berjaya ditetaskan..ini la pentingnya kita wat try n error..kalau berjaya alhamdulillah, xberjaya kita cuba lagi..seronoknya tuhan jela yang tahu..
"ku beterima kasih diatas kurnian dan rahmatMu tuhanKu"

Wednesday, August 25, 2010

Lawatan Ke Ladang Puyuh Kuala Selangor

pada 1/8 yg lepas, sy berkesempatan pergi melawat ke kandang di Kuala Selangor seluas 3 ekar..perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 setengah jam..1st time dapat tengok penternak yang buat ternakan puyuh dalam skala besar..huhuhu..excited sungguh.. penternak ni berbangsa cina..mcm biase la, ilmu mesti dicari dan jgn malu bertanya.. byk soalan yg dapat kami tanya berkenaan dengan puyuh..cara penetasan,perindukan,kitaran hidup dan mcm2 lagila..tapi masalahnya,nyonya cina nie kata ternakan puyuh nie xuntung, tapi bila dipikirkan balik kenapa nyonya nie sanggup menghabiskan masanya selama lebih kurang 15 tahun dalam bidang ternakan nie. dan buat pengetahuan, kalau semua kandang die penuh lebih kurang 10 ribu ekor sepusingan boley jalan.musykil2..tapi xper,kuatkan semangat untuk terusakan perjuangan utk menternak puyuh..

nie gambar yg sempat diambil dengan kebenaran empunya ternakan...


kandang anak2 puyuh yg berusia 2 hari hingga 7 hari



inkubator yg boley memuatkan beribu2 biji sekali pusingan.


anak puyuh yang telah selamat menetas


kandang puyuh penelur..mesti senget sikit lebih kurang 25 darjah.


kandang puyuh penelur


kandang puyuh pedaging


kandang puyuh pedaging yg telah dibersihkan.


setelah puas mengambil gambar dan mengumpul info2, kami membeli 60 ekor baka puyuh biasa dan 60 ekor puyuh baka France yang berumur 2 minggu..dalam perjalanan balik tiada yang mati..alhamdulillah..yang nie kami nak jadikan 2nd batch dan juga dibuat induk..kita tgk progressionnye nanti mcm mana..sesuai atu x untuk dijadikan puyuh pedaging..

Puyuh 1st batch

kandang da siap, masanya untuk mencari anak puyuh plak..sy beli puyuh dari apek cina dengan harga RM2 untuk seekor puyuh yang berusia 3 minggu=21 hari..puyuh akan bertelur ketika berusia 42 hari...jumlah yang kami beli adalah 44 ekor..alhamdulillah dari jumlah keseluruhan, yang mati hanya seekor je..syukur sgt2..percubaan yang baik..makanan pula sy beli makanan bagi puyuh penelur..25kg=RM45..nie harga yg terbaik kami dpt..kenapa pula sy bagi makanan puyuh penelur??jawapannya adalah kerana sy igin menjadikan puyuh2 nie sebagai induk..kalaula menjadi dan puyuh nie menetas, xpayahla kami beli puyuh kat apek cina tu lagi..tapi untuk tujuan penetasan,kena la ade inkubator..so pasni kena la cari info pasal inkubator plak..kena tambah2 ilmu lagi..


Tuesday, August 24, 2010

Pembinaan Reban

kali nie pula sy ingin menceritakan pembinaan reban kami yang pertama..byk buku rujukan yg sy baca mengatakan saiz yg sesuai adalah 130 cm X 70 cm atau 1000cm persegi yang boleh memuatkan 60 ekor puyuh berumur 3 minggu..kemudian puyuh akan dikurangkan mengikut saiz dan kepadatan penghuni puyuh mengikut keselesaan nya kerana puyuh makin membesar..tempat makanan pula sy buat dengan menggunakan buluh..kire nak cut cost la nie..hehehe..tempat minuman plak sy beli RM2 satu..lupa plak nak ckp,jgn lupa untuk menyediakan tempat menampung najis puyuh nie..bila da byk boley dibuat baja pakai sendiri atau dijual..tahi fresh nie mahal tau harganya..terbaik dari ladang...Terima Kasih kepada ayah kerana byk sgt membantu dari segi kewangan dan kepakaran untuk membuat kandang....


pandangan dari depan


padangan dari sisi


pandangan atas

Monday, August 23, 2010

Stage Of Learning (puyuh)

Salam..

sy mmg dah lama minat terhadap bidang pertanian dan penternakan.minat ni timbul sejak dibangku sekolah rendah lagi bila ayah, haji suhaimi sering membawa sy ke kebun..dari sini sy blajar byk ilmu berkenaan dgn ilmu pertanian dan penternakan. skarang pula timbul rasa hati untuk menjadikan minat terhadap bidang ini kepada sumber pendapatan..kirenya tambah2 duit poket..dengan galakan ayah,sy menceburkan diri untuk belajar menternak puyuh secara kecil-kecilan kiranya 'stage of learning' la tu.

Bukan mudah untuk mendapatkan ilmu bila kita baru menceburkan diri.kesungguhan perlu ditanam didalam diri untuk berjaya dan yang paling penting adalah MEMULAKAN LANGKAH PERTAMA..oleh itu sy belajar mencari info2 drpd internet,bertanya pd kwn2 cara2 yg terbaik utk menternak puyuh ni..pada 20/8/2010 sy,ayah & abg pergi jumpa seorang penternak puyuh di Rawang(Abu) ..Abu seorang yg tidak lokek ilmu dan segala pengalaman menternak puyuh dia ceritakan pada kami..sekarang Abu dlm proses memperkembangkan ternakannya dengan membina lagi reban puyuh miliknya yg memuatkan kira2 3000 ekor bagi sepusingan..Moga Allah memudahkan kerja2 Abu hendaknya..